Monday 11 March 2013

Hidup Anda ... Dunia Anda....

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia.....
Alhamdulillah, saya masih diberikan masa dan ilham/idea untuk menulis sambil berkongsi pendapat dengan anda..
Macam biasa.. pembuka topik kita mesti bermula dengan soalan... ok x..??? ha3..
Soalannya berbunyi.. :

"Pernahkah anda membandingkan kehidupan anda dengan dengan orang2 disekeliling anda..??? 

"Anda cemburu x dengan apa yang orang lain ada...???
"Adakah anda rasa hidup lebih bermakna kalau ada kehidupan seperti mereka..???"

Biasa la tu.. mesti ada punyer perasaan sebegitu.. sebab saya pernah merasakan yang sama..
Tapi, kalau kita fikir balik.. Tiada untungnya kita untuk memiliki kehidupan yang sama macam orang lain... Sebab kehidupan yang kita ada keistimewaannya yang tersendiri...

Biarlah perit mana, pahit mana sekalipun kehidupan kita.. itulah yang dinamakan sebagai perjalanan hidup..
Itulah yang akan mematangkan kita...



Biar apa orang kata pasal kita.., asalkan kita hidup dengan cara kita, x menyusahkan orang lain, kita gembira dengan kehidupan yang ada..

Jalan cerita hidup kita.. kita tak tahu di mana hujungnya.. jadi kita sebagai watak utama... jalankan tugas kita untuk melengkapkannya... Jangan pernah merungut dengan kehidupan kita .. kerana Allah S.W.T tahu apa yang terbaik untuk kita...

peace yaw... :D


Saturday 9 March 2013

Jom Kita Berfikir Sejenak....

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia....

Terima kasih kerana anda masih lagi sudi untuk membaca nukilan saya yg x seberapa nk menarik ni... : ) Saya cuma ingin berkongsi idea & pendapat...

Ok.. Untuk post kali ini... Pertamanya.... Saya nak tanya beberapa soalan kepada anda...
Pernahkah anda perhatikan orang-orang yg hidup di sekeliling anda...???



Pernahkah kita terfikir bagaimana orang buta dan orang kelainan upaya  meneruskan kehidupan mereka...?????





Bagaimana orang miskin survive sepanjang kehidupan mereka di dunia ini...??? 



Bagaimana pula jika dibandingkan dengan dunia kita....???? Adakah kita sedar kewujudan mereka di dunia ini...????
Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah adakah kita memerhatikan keadaan sekeliling di dunia ini atau kita hanya berada dalam dunia kita sendiri...???

Jika ada perasaan prejudis pada mereka, buanglah.....,
jika ada tanggapan negatif, ketepikanlah seketika...,
Tanamkan rasa syukur dengan apa yang ada.. Jangan pernah curiga dengan ketentuan kita...
Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya...


Jadi... Renung-renungkan.. Dan marilah kita bersama-sama amalkan...

"Baldi tertinggal di tepi perigi
Ada masa dan idea, nanti saya post lagi.. "

Thursday 7 March 2013

Apa Erti Hidup...????

Bangun daripada tidur.... terus bergegas ke bilik air.. mandi, berus gigi, sampai bilik siap2.. pakai bedak, minyak wangi, pakai attire smart2.. Then terus ke tempat kerja @ kuliah... inilah yang kita lakukan setiap hari dalam kehidupan kita... Kadang-kadang rasa macam jadi hamba dunia.. betul tak..??

Itu bermakna anda perlu ambil sedikit masa untuk diluangkan bagi menghayati apa itu erti hidup...

Kalau anda diberikan kesempatan masa.. cubalah duduk sebentar.. mungkin selepas solat ke.. ataupun pergilah ke mana-mana tempat yang dapat memberikan anda ketenangan...Kemudian lihat sekeliling... tengok pokok.. burung yang terbang... tengok air... tengoklah semua yang berda disekeliling anda...

Cuba fikirkan sejenak kenapa pokok dan burung tu hidup..?? kenapa air ni wujud.. ??  Kenapa aku masih hidup...??

Setiap orang mempunyai pandangan berbeza tentang erti hidup.. tapi biarlah pandangan tersebut tidak  bercanggah dengan akidah bagi yang muslim...

Bagi saya.. kehidupan ini merupakan satu peluang untuk anda berbakti kepada orang disekeliling anda.. Kehidupan ini juga merupakan nikmat untuk kita merasa kasih sayang dan keseronokan...Kehidupan ini juga merupakan platform untuk kita sentiasa muhasabah diri dan bertaubat atas segala kesilapan yang telah kita lakukan...

Setiap benda yang hidup di dunia ini ada tugas masing-masing... seperti mana posisi anda di tempat kerja mahupun di dunia ini.. Sebagai contoh pokok... kalau pokok tiada dalam dunia ini maka tiada makanan untuk kita dan haiwan, tiada tempat kita untuk berteduh, tiada sumber oxygen untuk kita gunakan...

Jadi.. hargailah hidup anda walaupun ianya susah.. kerana anda sedang menjalankan tugas anda sebagai manusia dan hamba Allah S.W.T.

Senyum dan ceria2 selalu.. :D





Kebaikan "Bismillah"



BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

ANTARA KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH:


1) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

2) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

3)
Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

4) Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

5)
Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

6)
Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

7)
Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

8)
Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

9)
Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulullah: 
"siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Jadi.. marilah kita bersama-sama mengamalkan bacaan Basmalah dalam kehidupan seharian kita... :)

Welcome To Blogger... :)

Assalamualaikum... Selamat Sejahtera... Salam 1Malaysia....  yep,yep,yep... akhirnya.. saya mempunyai blog... ha3....

Apa sebab tetiba ada blog ni..?? 

Soalan typical Malaysian yang akan menyelubungi anda setiap ketika sesuatu perubahan yang anda lakukan..

Blog ini sebenarnya assignment yang perlu disiapkan dan merupakan salah satu topik untuk sesi amali ICT. Jadinya.. terpaksa-lah saya meng-adakan satu akaun Blog. Walaupun pada mulanya terasa berat nak buat sebab saya ni bukannya jenis yang rajin sangat nak update-update info terkini.. tapi bagi saya ini merupakan platform baru yang boleh saya gunakan untuk mendalami teknologi dan berkongsi pendapat, ilham dan permasalahan...

OK-lah... rasanya cukup untuk pendahuluan.. untuk post seterusnya... tunggu... ha3... ada kejutan menanti... :) 


Ada rezeki kita jumpa lagi k.. Wassalam...